Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My photo
23, happy and contented. Future nation's hope.

Saturday, April 7, 2012

Maksud kritikan sosial dalam Bahasa Melayu

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate


Melalui pengamatan saya,kritikan sosial amat penting. Namun,jarang sekali dapat dilihat informasi mngenai kritikan sosial. Jadi saya mengambil inisiatif untuk berkongsi maksud kritikan sosial.

*****

Salah satu elemen penting dalam kesusasteraan adalah kritikan sosial. Kritikan sosial adalah salah satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang bertujuan atau berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan cerita suatu sistem atau proses bermasyarakat.
Kritikan sosial merupakan frasa yang terdiri dari dua kata iaitu kritik dan sosial. Maksud kritik adalah suatu tanggapan atau kecaman yang kadang-kadang disertai dengan huraian dan pertimbangan baik ataupun burukya suatu hasil karya, pendapat, dan sebagainya. Sementara itu , menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , sosial membawa maksud segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
Kritikan sosial juga dapat diertikan dengan penilaian atau pengajian keadaaan masyarakat pada satu-satu masa . Dalam kritikan sosial , terdapat tiga perkara yang diambil kira iaitu penilaian , perbandingan , dan pengungkapan mengenai suatu masyarakat. Ketiga-tiga aspek ini berkait rapat dengan nilai-nilai yang diamalkan ataupun nilai-nilai yang boleh dijadikan pedoman.
Dalam erti kata lain, kritikan sosial adalah tindakan membandingkan serta mengamati secara teliti dan melihat perkembangan secara cermat tentang baik atau buruknya kualiti suatu masyarakat. Tindakan mengkritik boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja,termasuk sasterawan sekalipun kerana kritikan sosial merupakan suatu perkara penting dalam memelihara sistem sosial yang ada.

Moga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment