Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My Photo
life is a bless. make use of it. i mean, make FULL use of it.

Wednesday, August 15, 2012

Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan



Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang  untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancer dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
            Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.
Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-being)  serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
            Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik.

Konsep Falsafah

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan berinsurkan logic akal.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik, seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita Negara .
 FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadiwarganegara yang baik. 
•Memperkembang potensi individu
•Rakyat yang berilmu
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Rakyat Malaysia yang berketrampilan
•Rakyat yang berakhlak mulia
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Sumbangan rekyat menerusi FPK 
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun. 

 FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu  :



Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia  dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.

Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Memperkembang Potensi Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.
2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.
3. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.
4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang berketrampilan.
5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.
6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.
7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.





2 comments:

  1. thank you so much,,,, imput yg sangat berguna ,, semoga berteruskan kejayaan anda,,, :-)

    ReplyDelete