Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My Photo
Have a big heart. And walk the talk. Al-Quran - As-Saff : 2-3

Wednesday, August 15, 2012

Konsep Falsafah Pendidikan Guru dan Implikasi FPK dan FPG terhadap Pendidikan Negara



 Konsep Falsafah Pendidikan Guru
Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu :

·         Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
·         Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
·         Kendiri
Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.
Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu :
*      Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
*      Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
*      Nilai-nilai murni  merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.
            FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

Analisa Elemen Falsafah Pendidikan Guru

1.    Perwatakan yang mulia
Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.

2.    Berkembang maju dan berpandangan saintifik
Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.

3.    Berkomited menegakkan aspirasi Negara
Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara.

4.    Mengekalkan warisan kebudayaan
Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.

5.    Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu
Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum.

 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya penting dalam system pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini memberi impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan system pendidikan . Elemen dalam FPK dan FPG digabungkan dan mempunyai implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.
v  Perkembangan potensi individu
Terdapat sesetengah individu dilahirkan  dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.
v  Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan terbuka.
v  Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya.

v  Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi, kecekapan san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka mampu menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik. Mereka juga berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan.
v  Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral sebagai prinsip diri.
v  Mampu mencapai kesejahteraan diri
Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.
v  Sumbangan rakyat menerusi FPK
Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
v  Pendidikan suatu usaha berterusan
Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang prose situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya. Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.

4 comments:

  1. teacher syafa.. :) thanks 4 these useful info..
    *terjumpa blog awak time cari benda ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. terima kasih artikel anda sangat2 diperlukan di saat ini

    ReplyDelete