Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My photo
23, happy and contented. Future nation's hope.

Friday, August 10, 2012

Pengucapan Awam


Dengan Nama Allah, Tuhan Selama-lamanya..

Perkongsian mengenai Pengucapan Awam. Moga Bermanfaat ^_^

PENGENALAN

Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua individu. Kemahiran berucap ini telah diterapkan oleh ibu bapa mahupun guru sekolah sejak dari seseorang itu kecil lagi. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh jadi penentu kejayaan seseorang di dalam temu duga , kerjaya , pertandingan dan sebagainya. Ramai orang berbakat besar dalam bidang pengucapan awam dan boleh berucap dengan lantang dan yakin di hadapan umum .
Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini dengan baik.
            Menyampaikan ucapan bukanlah merupakan proses yang mudah, jadi melalui Kerja Kursus Jangka Pendek Bahasa Melayu Kontekstual ini, kemahiran menyampaikan ucapan dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan berkesan. Hal ini kerana proses pembelajaran kemahiran ini bermula dengan inisiatif kendiri untuk berusaha mempelajarinya melalui sumber buku, internet dan majalah.
            Selain itu, kemahiran berucap juga boleh dipelajari daripada video individu-individu menyampaikan ucapan seperti Debat Piala Perdana Menteri dan Forum Peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung, penonton dapat mencontohi cara dan gaya daripada video visual tersebut.

 DEFINISI

Ucapan dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza. Arshad Md. Ghaus (2007) dalam bukunya, Teknik Pengucapan Berkesan menyatakan bahawa empat tujuan utama menyampaikan ucapan adalah untuk memaklumkan (to inform) , mempengaruhi ( to influence ) , memberikan inspirasi ( to inspire ) dan menghiburkan ( amuse ) .
Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2012) , ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut sahaja.
 Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu.
T. Hunt (1987) yang deptik daripada buku Bahasa Melayu Kontekstual, pula menjelaskan lagi bahawa, pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada hadirin sekalian dengan menggunakan lambing-lambang bahasa.
Secara keseluruhannya, dapatlah difahami bahawa pengucapan awam ialah satu proses komunikasi melibatkan penghataran mesej daripada seorang pengirim kepada sekumpulan pendengar.

JENIS_JENIS UCAPAN AWAM

1. SYARAHAN 

Syarahan merupakan kaedah penyampaian ucapan secara sehala dan penyampai akan menghuraikan tajuk-tajuk dalam masa yang diberikan untuk menyakinkan pendengar. Penyampaiannya meluas seperti berkisar mengenai kemanusiaan, alam, keagamaan dan sebagainya. Memerlukan susunan, gaya dan fakta yang tepat untuk memastikan seseorang individu dapat menyampaikan syarahan yang menarik perhatian orang ramai dan berkesan. Syarahan juga menilai kebolehan penyampai menghuraikan maklumat yang hendak disampaikan dengan baik.

2. PIDATO

Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak membaca teks secara langsung dan hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan pidato disampaikan untuk menarik perhatian umum dan membawa mesej-mesej tertentu kepada orang ramai dan meyakinkan audiens melalui cara pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan, gaya dan kesantunan bahasa.

3. CERAMAH

Ceramah merupakan cara mengekspresikan buah fikiran melalui pengucapan dan bersifat dua hala. Ceramah diselang-selikan dengan soalan dan jawapan antara penceramah dan audiens. Situasi ini membolehkan perbincangan berlaku dan penceramah boleh menghuraikan isi ceramah dengan lebih lanjut.

4. UCAPAN

Ucapan bertujuan memberitahu,mendidik, meyakinkan, meransang, memberikan motivasi, dan juga menghiburkan khalayak. Ucapan merupakan komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea melalui lisan ,mempunyai tujuan tersendiri dan diujarkan berdasarkan tema.

5. BERITA

Berita merupakan perkhabaran daripada sumber sama ada bertulis mahupun lisan melalui medium media masa. Kemahiran membaca berita dapat dipelajari melalui menonton berita di televisyen, mendengar radio mahupun membaca surat khabar.

6. TAKLIMAT

Taklimat merupakan ucapan memaklumkan dan bersifat dua hala. Taklimat boleh berlaku dalam situasi formal mahupun situasi tidak formal. Penyampaian taklimat adalah penting untuk dikuasai oleh seseorang individu untuk memastikan mesej yang disampaikan kepada orang awam dapat difahami dengan jelas. Taklimat biasanya disampaikan untuk menerangkan secara ringkas mengenai sesuatu perkara ataupun program.

7. PENGUMUMAN

Pengumuman merupakan komunikasi satu hala yang disebarkan kepada orang ramai. Biasanya pengumuman dilakukan di kawasan yang umum untuk memastikan setiap orang dapat mendengar pengumuman tersebut dan memahaminya.

CIRI_CIRI PENGUCAPAN AWAM

3.3.1 Pengucap
Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan bertindah menyampaikan mesej kepada orang lain. Selain itu, pengucap hendaklah memastikan apa yang disampaikannya difahami oleh orang yang mendengar dengan jelas.

3.3.2 Pendengar
Orang yang menerima mesej pula dinamakan sebagai pendengar atau penerima. Peranan utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang diterima serta member respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak kiralah sama ada berbentuk lisan atau bukan lisan.

3.3.3 Situasi
Proses perpindahan sesuatu mesej atau maklumat mestilah berlaku dalam sesuatu situasi yang tertakluk kepada waktu,tempat dan majlis yang khusus.

3.3.4 Mesej
Mesej diwakili oleh simbol-simbol lisan dan bukan lisan yang dihantar daripada pengucap kepada penerima melalui kaedah lisan, tulisan mahupun medium pengantaraan.

3.3.5 Saluran
Saluran atau medium pengantaraan merupakan penghubung antara pengucap dan penerima jarak jauh untuk menyampaikan maklumat. Radio, televisyen, emel dan buku merupakan contoh-contoh saluran yang biasa digunakan.

3.3.6 Maklum balas
Maklum balas atau respon merupakan tindakan pendengar selepas menerima mesej daripada pengucap. Respons boleh berbentuk lisan mahupun bukan tulisan daripada penerima mesej tersebut.

3.3.7 Gangguan
Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal, teknikal, fisologi , semantik dan banyak lagi. Salah satu contoh ketara yang sering berlaku di majlis umum ialah masalah teknikal berhubungan dengan alat siar pandang atau alat pembesar suara. Perkara sebegini mampu membantutkan niat para pendengar yang sedang menumpukan perhatian.

STRATEGI PENGUCAPAN AWAM

3.4.1 Bahasa Badan
Bahasa badan merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengucapan awam. Ekspresi muka dan gaya secara tidak lansung dapat menerangkan kepada penonton mengenai perasaan pengucap tersebut. Dengan ini, penonton dapat merasai perasaan pengucap tersebut juga. Selain itu, intonasi yang menarik juga memainkan peranan kerana pengucap yang cemerlang mempunyai daya tarikan yang tinggi dari segi intonasi suara yang tinggi dan rendah mengikut keadaan. Intonasi yang mendatar tidak akan menarik perhatian para pendengar. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi ,  seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.

3.4.2 Penampilan Menarik
Seorang pengucap perlulah berpenampilan menarik dari segi pakaian dan cara pembawakan penyampaiannya serta sesuai dengan tema majlis. Pengucap memerlukan baju yang formal untuk majlis rasmi, manakala untuk majlis yang mempunyai tema , pengucap hendaklah memilih baju yang sesuai dengan tema tersebut. Misalnya untuk acara Pidato Peringkat Antarabangsa, setiap peserta diberi tajuk ucapan yang bertema nasionalisme, jadi para peserta hendaklah memakai baju kebangsaan Malaysia untuk menyesuaikan diri mereka dalam majlis tersebut. Pakaian juga mampu membuatkan seorang pengucap itu lebih berkeyakinan di hadapan.

3.4.3 Pengetahuan Luas
Stategi menangkap perhatian umum yang ketiga ialah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Dengan berbekalkan pengetahuan am yang tinggi,seorang pengucap dapat menarik perhatian juri,penonton mahupun pendengar. Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha untuk memperbanyak ilmu pengetahuan agar dengan ilmu tersebut mereka dapat menggunakannya misalnya ketika memberi ucapan.

3.4.4 Persediaan
Perkara yang tidak dapat dielakkan ialah membuat persediaan fizikal dan mental sebelum membuat pengucapan. Perkara ini mampu mengurangkan gementar dan menaikkan keyakinan seseorang pengucap itu. Pengucap hendaklah menyediakan draf terlebih dahulu untuk teks ucapan. Kemudian, pegucap perlu praktis melakukan ucapan tersebut . Menghafal bukanlah satu perkara menjadi pilihan kerana jika seorang pengucap hafal teks ucapannya, ucapannya kelak akan menjadi kaku dan jika dia terlupa teks ucapannya, perkara ini mengundang masalah buat dirinya pula.

  


4 comments:

  1. salam..

    Mohon utk share dan guna entry ini utk tugasan saya..

    terima kasih..

    fatonah, changlun
    www.fatonahzotas.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Yang menarik perhatian..

    ReplyDelete
  3. salam..sy jg nk minta izin untuk guna entri ni untuk tgsn sy

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,

    Saya amat bersetuju dengan pendapat pihak tuan mengenai topik yang dikongsikan oleh tuan. Saya juga sememangnya terlibat secara langsung dalam bidang pengucapan setiap hari. Saya perlu berhadapan dengan audiens semasa mengendalikan kursus dan seminar kepada audiens saya yang bergiat dalam bidang Pengurusan Kewangan. Kebanyakan mereka juga memerlukan Kemahiran Pengucapan Awam yang efektif apabila mereka membuat Pembentangan Jualan di hadapan bakal pelanggan mereka.

    Saya juga amat bersetuju bahawa sebagai penceramah, motivator, pengucap atau trainer, teknik bahasa badan memainkan peranan yang amat penting dalam menyampaikan ucapan. Jika dilihat dari statistik, 38% dari komunikasi harian kita diukur melalui Bahasa Badan. Bahasa badan seperti Berdiri Tegak, Isyarat Tangan, Senyuman & Mimik Muka memberika impak yang amat berkesan dalam Pengucapan Awam. Jadi, trainer sentiasa perlu peka terhadap apa yang diucapkan dari bibir mereka. Lengokan tangan, senyum, berdiri dengan yakin merupakan antara elemen - elemen yang penting perlu diberi perhatian setiap masa dalam ucapan.

    Saya doakan agar ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari Teknik Kemahiran Berucap.

    ReplyDelete