Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My Photo
life is a bless. make use of it. i mean, make FULL use of it.

Wednesday, August 15, 2012

My Childhood Pastime


Childhood holds a lot of sweet memories during my time. I enjoy my days doing a lot of interesting hobbies alone or with my friends. Even though there was not much technology development for children's game, the excitement of spending leisure time for the pastimes were thrilling!

When I was a small and cute kid, I used to read a lot. I never missed to buy 'Majalah Kuntum' from Bahasa Melayu teacher. It only costed RM 1.50. Once in a month, I would sacrifice my lunch allowance , just to get this magazine. I enjoyed reading story books and comics too. I still remembered , I sneaked into my brother's room just to steal his comics for a while. Dragonball, Doraemon, Utopia and many of his comics I read without him noticed it at all. Until one day, I was caught red-handed because he saw me holding some of his books and comics. He scolded me yet I still read his books because I could not resist my reading habit.

Besides, I also read my father's books. When I was alone in the house, I would slowly crawling into my father's study room. There was a big rack of book and that rack was my favourite ! Just name any books I want, I could find it all. Story books, encyclopaedia, history and a lot more. I spent my time there usually after I finished my homework. I enjoyed encyclopaedia the most because I just love reading while looking at the illustrations. My father loves to read and maybe that is the reason why I love to do the same thing too. At night, sometimes, I sneaked into that room too and read in the darkness. For the second time, I was caught red-handed again! I really thought that my father would scold me like my brother does. However, surprisingly, he never did! He encouraged me to read books more. I was so relieved because since that , I could freely enter my father's study room and read with him.

In addition, after the incident that my father saw me in his study room, my father bought a lot of books for me. I was on the cloud nine to see books around me. Once in a month, he would get me a book. He was the one who introduced me to Harry Potter series! I was full of exaggeration to read such attractive books written by  J.K Rowling when I was nine. Since that, I started to have a collection of Harry Potter Series books. My father treated me with a book every time I succeed in my examinations.

For me,it was a very sweet memory to recall on how I develop into a bookworm. Because I used to read my father's book often at night, I needed to wear a pair of spectacles , and that time I felt like being the character of Harry Potter who wore spectacles with round lenses!

***

I just love writing essays! May this be helpful ^_^

Konsep Falsafah Pendidikan Guru dan Implikasi FPK dan FPG terhadap Pendidikan Negara



 Konsep Falsafah Pendidikan Guru
Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu :

·         Ketuhanan
Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.
·         Kemasyarakatan
Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.
·         Kendiri
Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia.
Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu :
*      Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
*      Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
*      Nilai-nilai murni  merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi Negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.
            FPG yang bersandarkan Model Konseptual tersebut bermatlamat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah kepada amalan individu, berilmu serta mempunyai nilai keguruan dan berupaya memacu generasi kini untuk mencapai WawasanPendidikan dalam abad ke-21.

Analisa Elemen Falsafah Pendidikan Guru

1.    Perwatakan yang mulia
Seorang guru mestilah berperawakan mulia dan berdisiplin kerana guru akan menjadi contoh kepada murid-muridnya.Guru juga haruslah pandai menghargai anak-anak murid dan meraikan fitrah mereka yang mempunyai beraneka ragam sifat.

2.    Berkembang maju dan berpandangan saintifik
Guru hendaklah mempunyai kemahiran professional dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik perhatian pelajar. Aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik juga menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan dalam bidangnya.

3.    Berkomited menegakkan aspirasi Negara
Integriti hendaklah dipupuk dalam diri seorang guru untuk memastikan guru tersebut cekap, jujur, boleh dipercayai , amanah , patuh kepada Negara dan mempunyai kualiti untuk melakukan sesuatu tugasan. Dengan ini, guru tersebut akan komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai pendidik anak bangsa Negara.

4.    Mengekalkan warisan kebudayaan
Sudah menjadi kewajipan bagi guru untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Sambutan Kemerdekaan, misalnya , hendaklah disambut dengan penuh sifat patriotisme. Dengan ini, rakyat yang bersemangat patriotisme dapat dilahirkan hasil didikan daripada guru mereka.

5.    Pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu
Guru sebagai ejen perubahan hendaklah membangunkan disiplin murid-muridnya agar mereka patuh kepada peraturan dan menjelaskan kepada mereka akan kepentingan mematuhi peraturan-peraturan. Guru juga hendaklah menegaskan anak-anak muridnya mengenai rasa hormat antara satu sama lain walau berbeza warna kulit, agama dan kaum.

 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru kepada Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru, kedua-duanya penting dalam system pendidikan di Malaysia. Matlamat yang terkandung dalam kedua-dua falsafah ini memberi impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Menurut Syed Ismail Syed Mustafa dan Ahmad Subki Miskon (2005), kandungan, hasrat dan cita-cita yang dinyatakan dalam FPK dan FPG akan memberikan kesan kepada keseluruhan perjalanan system pendidikan . Elemen dalam FPK dan FPG digabungkan dan mempunyai implikasinya seperti yang dinyatakan di bawah.
v  Perkembangan potensi individu
Terdapat sesetengah individu dilahirkan  dengan bakat dan potensi. Dengan itu, guru harus berungsi sebagai mentor untuk menggilap potensi pelajar demikian. Bakat dan potensi boleh terjelma melalui interaksi sosial dan alam sekeliling. Implikasi perkembangan potensi individu akan menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menzahirkan bakat mereka.
v  Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Rakyat yang cinta akan ilmu merupakan rakyat yang mampu maju. Dengan itu, FPK dan FPG mampu menjana rakyat yang cinta akan ilmu pengetahuan melalui usaha memupuk budaya membaca. Dengan ini, rakyat dapat mempunyai minda yang luas dan terbuka.
v  Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Dengan mengakui wujudnya Tuhan, seseorang itu akan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Selain itu, individu tersebut juga akan mengamalkan ajaran agama yang dianuti dan menyedari bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dirinya sendiri dan perbuatannya.

v  Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia yang berketrampilan mempunyai daya keyakinan yang tinggi, kecekapan san kompetensi kendiri. Berbekalkan kemahiran dan kebolehan, mereka mampu menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai personality yang baik. Mereka juga berpandangan jauh dalam segala hal yang mereka lakukan.
v  Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Akhlak mulia akan menjadikan seseorang itu berperwatakan yang sopan dan bertatasusila.Individu tersebut juga akan berpegang teguh kepada nila-nilai moral sebagai prinsip diri.
v  Mampu mencapai kesejahteraan diri
Rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri ini mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang cukup kuat. Dengan ini, mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku dalam hidup mereka.
v  Sumbangan rakyat menerusi FPK
Dengan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan kehidupan, seseorang itu mampu memberi sumbangan kepada keluarganya, masyarakat dan Negara. Mereka dapat memupuk kesefahaman dan kasih saying dalam keluarga, mematuhi norma dan peraturan masyarakat serta mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
v  Pendidikan suatu usaha berterusan
Proses pemerolehan ilmu berlaku sejak kecil hingga ke akhir hayat dan sepanjang prose situ, individu tersebut akan sentiasa belajar perkara yang baru dalam hidupnya. Dengan ini, pembentukan sahsiahnya berlaku sepanjang proses menuntut ilmu berlaku menjadikan seseorang itu lebih dewasa apabila banyak ilmu di dada. Proses pendidikan sepanjang hayat inilah yang membantu setiap individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan tidak kira sama ada senang atau susah.

Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan



Pengenalan
Pendidikan merupakan satu proses terancang  untuk mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya proses tersebut menjadi lancer dan dapat mengembangkan potensi diri masing-masing. Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
            Pendidikan sangat penting, memandangkan dalam era globalisasi kini, setiap perkara memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang itu maju ke hadapan. Terdapat banyak kepentingan pendidikan seperti salah satu cara untuk mengembangkan potensi individu, menyalurkan cara penyampaian dan penerimaan ilmu dengan betul, mempunyai peluang masa depan yang cerah, persiapan mengalami perubahan seiring dengan gelombang perkembangan arus dunia dan banyak lagi.
Disebabkan oleh kepentingan-kepentingan demikian, kerajaan Malaysia bersetuju menyelaraskan pendidikan di seluruh Negara dengan mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara berdasarkan Akta Pendidikan dan Laporan Pendidikan. Falsafah ini bertujuan mewujudkan insan yang seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (self well-being)  serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
            Pendidikan awal yang diwajibkan bagi setiap kanak-kanak bermula dari sekolah rendah seawal tujuh tahun. Di samping menjadi wadah penyampaian ilmu, sekolah merupakan tempat pembentukan peribadi seseorang pelajar untuk mengamalkan nilai-nilai murni. Walaupun tertakluk kepada Falsafah Pendidikan Negara, Pendidikan di Malaysia sering berunbah mengikut keperluan semasa dan sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, sosial dan politik.

Konsep Falsafah

Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos (hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cinta kepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu, falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudan sesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.
Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yang benar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasil pengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yang sistematik dan berinsurkan logic akal.
Namun demikian, istilah falsafah terkenal dengan perkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafah namun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama ada perkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal, berfikir secara universal dan berfikir secara integral.
Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segi sejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik, perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan dan menangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasan mengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakan falsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepada tahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.

Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysia untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangun yang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkat universiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakan hasrat dalam FPK :

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secara ringkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik, seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita Negara .
 FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadiwarganegara yang baik. 
•Memperkembang potensi individu
•Rakyat yang berilmu
•Kepercayaan kepada Tuhan
•Rakyat Malaysia yang berketrampilan
•Rakyat yang berakhlak mulia
Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Sumbangan rekyat menerusi FPK 
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun. 

 FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secara jelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Secara keseluruhannya, terdapat 7 konsep utama FPK iaitu  :



Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti dan mampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia  dan seterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.

Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan

1. Memperkembang Potensi Individu
Perkara yang dititikberatkan dalam konsep FPK ialah perkembangan seseorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi , intelek dan juga sosial. Tujuan membangunkan insan secara menyeluruh ini bukanlah untuk melahirkan insan yang sempurna tetapi untuk menyediakan tenaga manusia yang serba boleh.
2. Rakyat Malaysia yang berpengetahuan
Pendidikan merupakan satu proses yang berlaku sepanjang hayat. Sejurus itu, menyediakan rakyat yang berilmu merupakan prioriti utama dalam mendidik masyarakat kerana ilmu akan menentukan hala tuju seseorang itu kelak.
3. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan
Unsur yang wajib diterapkan dalam setiap diri individu adalah kepercayaan kepada Pencipta kerana kehidupan beragama merupakan fitrah semula jadi bagi setiap manusia. Di Malaysia, agama rasmi ialah agama Islam. Di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti oleh penganut-penganut agama lain.
4. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat Malaysia perlulah mempunyai pengetahuan dan kelayakan yang sesuai dengan tugas serta mempunyai kemahiran khusus dalam bidangnya. Hal ini adalah untuk memastikan individu tersebut dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna. Perkara ini secara tidak lansung akan mematangkan individu tersebut dan menjadikannya seorang yang berketrampilan.
5. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
FPK juga menerapkan konsep berakhlak mulia dalam pendidikan kerana akhlak mulia akan memastikan individu tersebut menghayati nilai kerohanian,kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya.
6. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
Konsep ini penting kerana rakyat yang mampu mencapai kesejahteraan diri akan memiliki jiwa yang tenang, akal yang waras, perhubungan yang baik serta kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Dengan ini, potensi seseorang itu dapat dikembangkan lagi untuk keperluan diri sendiri, masyarakat, agama dan Negara.
7. Rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan Negara.
Rakyat yang produktif ialah rakyat yang mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Dengan adanya rakyat seperti ini, Negara dapat maju di samping bertambah dari segi ekonomi, politik, dan sosial kerana modal insan memberi sumbangan tidak kira daripada sebarang aspek pun.





Debatable issue - Mothers should work or stay at home taking care of her children


Oral Presentation
            A very good afternoon to Madam Zuraidah, the English lecturer of my class and friends. On this auspicious day, I would like to bring up a very interesting issue which is debated long time ago till now which is, “ Mothers should work or stay at home and taking care of her children?” . Having a career, marriage and children, woman could have it all without giving up any one of these . A smart mother needs a very careful plan in order to organize her family and career. Therefore, I personally agree that mothers should work yet, her children are still under controlled.
            The responsibility of taking care children is not upon a mother only, but it counts on father too. Mothers have every right to choose between work or take care of her children. When she chooses to work, it doesn’t mean that she neglects her children. She works and makes an alternative for the care of her children , the that should be considered equally valid. It is undoubtedly that childhood is the most formative period of  the development for a children. Mothers are needed to ensure that the next generation has the best start in their life. Most would agree that mothers should stay at home and devote her time on the children. However, we should never forget that the a mother is not the only responsible person of taking care the children as fathers should play his part too. Therefore, this is not a reason for a mother to give up her work.
            In addition, another way to handle her children is, a mother can send her children to child minder or nurseries. Child care professional have a lot of experience handling young children. Besides, at child care, children can improve social skills. Child care also can be a good place to expose children to mingle with other kids. Nevertheless, leaving children at nurseries can be risky too because there are many uncertified child centre and that child centre gives lousy services such as one adult looking after many children at once. Incidents may happen like infants fell from their cradle while sleeping. This low quality service is demanding mothers to stay at home to prevent this problems. However, mothers can find other initiative such as sending their children to the member of extended family. For example their grandparents. Therefore the grandparents can take a very good care of the children while the mother is working.
            Apart from that, working mothers can increase workforce and still get active in the society. Encouraging mothers to work will increase the number of people in the workforce. Thereby, this will eventually increase the productivity of the country. This also helps generating employment for more people if the mother is a business woman. Moreover, mother also can help increasing family income. To some point, undoubtedly that mothers who stay at home have more opportunities to be involved with the community. Volunteers are needed to help the society such as the Parents-Teacher Association (PTA). By involving in this association, mothers can observe their children’s activities at school. However, working mother also can be active with the community. For instance, a mother who works as a teacher can get involve with PTA since she’s working at school. So, mothers can get along with the society even though she is a career woman.
            In a nutshell, these evidence is strong enough to support that woman should work instead of staying at home and taking care of her children. Woman should work because despite of having career and family, she still can manage her children and taking a very good care of them. There is no reason that a mother shouldn’t work because the pros of having a career are very reasonable. Therefore, mothers have every right to have a career.

                                                                                                                              


Friday, August 10, 2012

Pengucapan Awam


Dengan Nama Allah, Tuhan Selama-lamanya..

Perkongsian mengenai Pengucapan Awam. Moga Bermanfaat ^_^

PENGENALAN

Pengucapan awam merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh semua individu. Kemahiran berucap ini telah diterapkan oleh ibu bapa mahupun guru sekolah sejak dari seseorang itu kecil lagi. Kemahiran ini penting kerana kemahiran ini boleh jadi penentu kejayaan seseorang di dalam temu duga , kerjaya , pertandingan dan sebagainya. Ramai orang berbakat besar dalam bidang pengucapan awam dan boleh berucap dengan lantang dan yakin di hadapan umum .
Kemahiran berucap juga memerlukan komitmen yang tinggi dan latihan yang konsisten untuk memastikan seseorang itu benar-benar menguasai kemahiran ini dengan baik.
            Menyampaikan ucapan bukanlah merupakan proses yang mudah, jadi melalui Kerja Kursus Jangka Pendek Bahasa Melayu Kontekstual ini, kemahiran menyampaikan ucapan dapat dipelajari dengan lebih mendalam dan berkesan. Hal ini kerana proses pembelajaran kemahiran ini bermula dengan inisiatif kendiri untuk berusaha mempelajarinya melalui sumber buku, internet dan majalah.
            Selain itu, kemahiran berucap juga boleh dipelajari daripada video individu-individu menyampaikan ucapan seperti Debat Piala Perdana Menteri dan Forum Peringkat Kebangsaan. Secara tidak langsung, penonton dapat mencontohi cara dan gaya daripada video visual tersebut.

 DEFINISI

Ucapan dilontarkan berdasarkan tujuan dan setiap ucapan mempunyai tujuan dan matlamat yang berbeza. Arshad Md. Ghaus (2007) dalam bukunya, Teknik Pengucapan Berkesan menyatakan bahawa empat tujuan utama menyampaikan ucapan adalah untuk memaklumkan (to inform) , mempengaruhi ( to influence ) , memberikan inspirasi ( to inspire ) dan menghiburkan ( amuse ) .
Menurut Khairuddin Mohamad et al. (2012) , ucapan didefinisikan sebagai satu bentuk saluran komunikasi pertuturan dan merupakan jenis karangan berformat yang menggunakan teks bertulis sebagai landasan penyampaiannya. Ucapan juga merupakan medium untuk menyampaikan mesej kepada umum melalui pemberi ucapan tersebut sahaja.
 Ucapan dapat difahami sebagai komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea secara lisan yang diujarkan berdasarkan tema atau agenda majlis dan disampaikan secara individu kepada khalayak untuk mencapai matlamat serta tindakan sesuatu.
T. Hunt (1987) yang deptik daripada buku Bahasa Melayu Kontekstual, pula menjelaskan lagi bahawa, pengucapan awam merupakan proses penyampaian buah fikiran, maklumat, pandangan, dan perasaan kepada hadirin sekalian dengan menggunakan lambing-lambang bahasa.
Secara keseluruhannya, dapatlah difahami bahawa pengucapan awam ialah satu proses komunikasi melibatkan penghataran mesej daripada seorang pengirim kepada sekumpulan pendengar.

JENIS_JENIS UCAPAN AWAM

1. SYARAHAN 

Syarahan merupakan kaedah penyampaian ucapan secara sehala dan penyampai akan menghuraikan tajuk-tajuk dalam masa yang diberikan untuk menyakinkan pendengar. Penyampaiannya meluas seperti berkisar mengenai kemanusiaan, alam, keagamaan dan sebagainya. Memerlukan susunan, gaya dan fakta yang tepat untuk memastikan seseorang individu dapat menyampaikan syarahan yang menarik perhatian orang ramai dan berkesan. Syarahan juga menilai kebolehan penyampai menghuraikan maklumat yang hendak disampaikan dengan baik.

2. PIDATO

Pidato merupakan penyampaian ucapan yang tidak membaca teks secara langsung dan hanya bertumpu kepada satu topik sahaja. Ucapan pidato disampaikan untuk menarik perhatian umum dan membawa mesej-mesej tertentu kepada orang ramai dan meyakinkan audiens melalui cara pembawaan pidato dari aspek isi tajuk, penampilan, gaya dan kesantunan bahasa.

3. CERAMAH

Ceramah merupakan cara mengekspresikan buah fikiran melalui pengucapan dan bersifat dua hala. Ceramah diselang-selikan dengan soalan dan jawapan antara penceramah dan audiens. Situasi ini membolehkan perbincangan berlaku dan penceramah boleh menghuraikan isi ceramah dengan lebih lanjut.

4. UCAPAN

Ucapan bertujuan memberitahu,mendidik, meyakinkan, meransang, memberikan motivasi, dan juga menghiburkan khalayak. Ucapan merupakan komunikasi sehala yang melibatkan proses pelahiran idea melalui lisan ,mempunyai tujuan tersendiri dan diujarkan berdasarkan tema.

5. BERITA

Berita merupakan perkhabaran daripada sumber sama ada bertulis mahupun lisan melalui medium media masa. Kemahiran membaca berita dapat dipelajari melalui menonton berita di televisyen, mendengar radio mahupun membaca surat khabar.

6. TAKLIMAT

Taklimat merupakan ucapan memaklumkan dan bersifat dua hala. Taklimat boleh berlaku dalam situasi formal mahupun situasi tidak formal. Penyampaian taklimat adalah penting untuk dikuasai oleh seseorang individu untuk memastikan mesej yang disampaikan kepada orang awam dapat difahami dengan jelas. Taklimat biasanya disampaikan untuk menerangkan secara ringkas mengenai sesuatu perkara ataupun program.

7. PENGUMUMAN

Pengumuman merupakan komunikasi satu hala yang disebarkan kepada orang ramai. Biasanya pengumuman dilakukan di kawasan yang umum untuk memastikan setiap orang dapat mendengar pengumuman tersebut dan memahaminya.

CIRI_CIRI PENGUCAPAN AWAM

3.3.1 Pengucap
Pengucap merupakan seorang individu yang mempunyai mesej dan bertindah menyampaikan mesej kepada orang lain. Selain itu, pengucap hendaklah memastikan apa yang disampaikannya difahami oleh orang yang mendengar dengan jelas.

3.3.2 Pendengar
Orang yang menerima mesej pula dinamakan sebagai pendengar atau penerima. Peranan utama seorang pendengar ialah menganalisis dan mentafsir mesej yang diterima serta member respons kepada pengucap. Respons yang diberikan tidak kiralah sama ada berbentuk lisan atau bukan lisan.

3.3.3 Situasi
Proses perpindahan sesuatu mesej atau maklumat mestilah berlaku dalam sesuatu situasi yang tertakluk kepada waktu,tempat dan majlis yang khusus.

3.3.4 Mesej
Mesej diwakili oleh simbol-simbol lisan dan bukan lisan yang dihantar daripada pengucap kepada penerima melalui kaedah lisan, tulisan mahupun medium pengantaraan.

3.3.5 Saluran
Saluran atau medium pengantaraan merupakan penghubung antara pengucap dan penerima jarak jauh untuk menyampaikan maklumat. Radio, televisyen, emel dan buku merupakan contoh-contoh saluran yang biasa digunakan.

3.3.6 Maklum balas
Maklum balas atau respon merupakan tindakan pendengar selepas menerima mesej daripada pengucap. Respons boleh berbentuk lisan mahupun bukan tulisan daripada penerima mesej tersebut.

3.3.7 Gangguan
Gangguan boleh berlaku dalam proses komunikasi kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keadaan ini. Gangguan-gangguan ini berpunca daripada fizikal, teknikal, fisologi , semantik dan banyak lagi. Salah satu contoh ketara yang sering berlaku di majlis umum ialah masalah teknikal berhubungan dengan alat siar pandang atau alat pembesar suara. Perkara sebegini mampu membantutkan niat para pendengar yang sedang menumpukan perhatian.

STRATEGI PENGUCAPAN AWAM

3.4.1 Bahasa Badan
Bahasa badan merupakan salah satu elemen penting dalam proses pengucapan awam. Ekspresi muka dan gaya secara tidak lansung dapat menerangkan kepada penonton mengenai perasaan pengucap tersebut. Dengan ini, penonton dapat merasai perasaan pengucap tersebut juga. Selain itu, intonasi yang menarik juga memainkan peranan kerana pengucap yang cemerlang mempunyai daya tarikan yang tinggi dari segi intonasi suara yang tinggi dan rendah mengikut keadaan. Intonasi yang mendatar tidak akan menarik perhatian para pendengar. Senyuman yang manis dan sapaan yang mesra akan menjadi satu permulaan yang baik untuk sebuah komunikasi yang positif. Jadi ,  seorang penutur yang akan menyampaikan maklumat hendaklah mempunyai bahasa badan yang menarik. Mimik muka dan pertentangan mata juga memainkan peranan yang penting.

3.4.2 Penampilan Menarik
Seorang pengucap perlulah berpenampilan menarik dari segi pakaian dan cara pembawakan penyampaiannya serta sesuai dengan tema majlis. Pengucap memerlukan baju yang formal untuk majlis rasmi, manakala untuk majlis yang mempunyai tema , pengucap hendaklah memilih baju yang sesuai dengan tema tersebut. Misalnya untuk acara Pidato Peringkat Antarabangsa, setiap peserta diberi tajuk ucapan yang bertema nasionalisme, jadi para peserta hendaklah memakai baju kebangsaan Malaysia untuk menyesuaikan diri mereka dalam majlis tersebut. Pakaian juga mampu membuatkan seorang pengucap itu lebih berkeyakinan di hadapan.

3.4.3 Pengetahuan Luas
Stategi menangkap perhatian umum yang ketiga ialah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Dengan berbekalkan pengetahuan am yang tinggi,seorang pengucap dapat menarik perhatian juri,penonton mahupun pendengar. Oleh itu, setiap orang perlulah berusaha untuk memperbanyak ilmu pengetahuan agar dengan ilmu tersebut mereka dapat menggunakannya misalnya ketika memberi ucapan.

3.4.4 Persediaan
Perkara yang tidak dapat dielakkan ialah membuat persediaan fizikal dan mental sebelum membuat pengucapan. Perkara ini mampu mengurangkan gementar dan menaikkan keyakinan seseorang pengucap itu. Pengucap hendaklah menyediakan draf terlebih dahulu untuk teks ucapan. Kemudian, pegucap perlu praktis melakukan ucapan tersebut . Menghafal bukanlah satu perkara menjadi pilihan kerana jika seorang pengucap hafal teks ucapannya, ucapannya kelak akan menjadi kaku dan jika dia terlupa teks ucapannya, perkara ini mengundang masalah buat dirinya pula.

  


Sukan Rekreasi


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Belas Kasihan.

Terdapat 4 aspek daripada kerja kursus Sukan Rekreasi yang mahu dikongsi bersama. Moga bermanfaat. ^_^

- Pengenalan kepada Sukan Dan Rekreasi.
- Konsep Sukan dan Rekreasi
- Kepentingan rekresasi dalam kurikulum sekolah
- Jenis-jenis rekreasi

1. Pendahuluan
Pendidikan Jasmani merupakan salah satu subjek yang tersenarai dalam jadual waktu sekolah pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Subjek ini penting kerana pelajar-pelajar dapat meningkatkan tahap kecergasan mental dan fizikal mereka sekaligus menjana pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani , intelek dan sosial.

Aspek JERIS ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara kerana hasrat Negara mahu melahirkan modal insan kelas pertama yang bukan sahaja bernas idea fikirannya tetapi juga aktif dalam bidang kokurikulum dan pandai bergaul. Hal ini menunjukkan Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang penting .

 Aspek jasmani penting bagi seorang pelajar kerana hakikatnya, seorang pelajar yang sihat mampu menjadi pelajar yang aktif di dalam kelas lantaran dia mempunyai badan yang sihat. Di dalam Pendidikan Jasmani, bukan aspek jasmani sahaja yang ditekankan kerana pelajar juga belajar menguruskan stress, menajamkan fikiran, bergaul dengan rakan-rakan dan masyarakat serta menerapkan elemen-elemen rohani mengikut kepercayaan masing-masing.

Sukan rekreasi merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani. Menurut Mohd Salleh Aman (2004), rekreasi boleh didefinisikan sebagai aktiviti masa lapang yang membina (positif) sama ada bentuk riadah (aktif) atau santai (pasif). Rekreasi adalah aktiviti yang bertentangan dengan kerja. Ia biasanya dilakukan secara berkumpulan. Aktiviti rekreasi boleh disusun atur dalam bentuk pertandingan atau persembahan atau dalam bentuk tanpa dirancang. 

    2. Konsep rekreasi
Konsep rekreasi seringkali dikaitkan dengan ‘personal fulfillment’ atau kepuasan kendiri . Kepuasan kendiri ini mampu memberikan impak yang besar terhadap seseorang individu memandangkan tingkah laku seseorang yang maju ataupun mundur akan menentukan kualiti kerjanya. Kepuasan kendiri ini member kesan kepada individu itu sendiri, tempat kerja, rakan-rakan, keluarga, masyarakat dan Negara.

 Semakin ramai penduduk Malaysia sekarang yang sedar akan perihal rekreasi ini dan kepentingannya malah terdapat pertubuhan yang menyokong aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Selain kepuasan kendiri , konsep rekreasi ialah apresiasi estetika. Apresisasi estetika membawa maksud penghargaan tehadap alam semula jadi. Tidak dinafikan, seorang pengembara hutan lebih menghargai flora dan fauna ciptaan Tuhan berbanding orang awam yang tidak pernah mengembara. Mereka lebih mengutamakan kebersihana dan tidak membuang sampah ke merata-rata tempat.

             Rekreasi juga menekankan gaya hidup sihat. Sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan emosi. Seringkali perkara ini dipandang enteng oleh masyarakat kerana merasakan mereka sudah mampu menjadi insane seimbang tanpa bersukan. Perkara ini salah sama sekali kerana pembentukan personality seimbang bukan mudah sepeti yang diujarkan. Gaya hidup sihat memerlukan seseorang yang mampu mengatur masa untuk bekerja, belajar, bermain dan bersantai bersama keluarga dengan bijak. Amalan pemakanan sihat juga perlu dipantau kerana kini, masyarakat semakin mengutamakan makanan segera yang mudah didapati dan sedap. Hakikatnya, makanan segera tidak mempunyai zat yang mencukupi untuk perkembangan pertumbuhan.

            Nyata,jelaslah bahawa, Sukan dan Rekreasi mendokong konsep yang jelas dan memberi manfaat kepada orang ramai.

1 3. Kepentingan rekreasi dalam kurikulum sekolah

Terdapat 5 komponen yang ditekankan dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu, jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. Pendidikan jasmani penting kerana terdapat berbagai-bagai faedah dapat diperolehi dalam subjek ini antaranya :

1. Pelajar cergas dan sihat

Pelajar yang terlibat aktif dalam sukan dapat menjadi lebih sihat berbanding rakan-rakannya yang lain. Selain itu, mereka lebih matang memandangkan mereka dapat mengaitkan 3 komponen penting dalam pendidikan jasmani iaitu, aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Peluh akibat bersukan pula dapat mengurangkan kandungan toksik-toksik dalam badan seseorang. Sebagai contoh, pelajar yang selalu mengamalkan aktiviti ‘skipping’ atau ‘jump rope’ dapat menyihatkan jantung. Dengan ini, pelajar tersebut dapat menjadi lebih sihat dan belajar dengan lebih proaktif manakala pelajar yang tidak aktif akan sentiasa lesu dan tidak mampu menjadi modal insan kelas pertama.

2. Pelajar dapat menangani tekanan

Pembelajaran di sekolah boleh jadi satu perkara yang membebankan. Pelajar-pelajar akan merasa stres dengan kerja rumah yang banyak dan kelas yang memenatkan. Jadi, ketika subjek Pendidikan Jasmanilah para pelajar dapat menghilangkan stres dengan bermain di padang mahupun ketika kokurikulum sukan. Perkara ini akan menyeimbangkan pelajar itu dengan pembelajaran akademik dan sukan. Di samping itu, hormon serotonin akan dihasilkan memandangkan Pendidikan Jasmani dan Sukan Rekreasi merupakan subjek yang menyeronokkan. Dengan ini, pelajar yang mempunyai emosi yang ceria dapat mengatasi masalah tekanan dan kemurungan dalam diri mereka serta mampu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian mereka.

3.  Meningkat kemahiran bersosial

Kemahiran bersosial merupakan kemahiran yang tidak dipelajari secara bertulis kerana kemahiran ini memerlukan individu tersebut berinteraksi secara lansung dengan masyarakat sekelilingnya. Pelajar yang mampu bersosial dengan baik , mempunyai self-esteem yang tinggi kerana pelajar tersebut berani dan tidak gentar dengan orang lain. Melalui subjek Sukan Rekreasi, pelajar perlu berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain kerana terdapat banyak aktiviti yang memerlukan kerjasama. Setiap individu bertanggungjawab menjaga kepentingan kawan-kawan mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran bersosial mereka. Kini, terdapat ramai anak mudak yang mengamalkan sosial bebas dan sosial liar. Perkara ini amat menyedihkan kerana mereka merosakkan diri sendiri. Maka guru di sekolah wajib mengajarkan pelajar kaedah yang sesuai untuk bersosial dengan baik. Sebagai contoh, pelajar yang menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah perlu membantu rakan-rakan mereka yang cedera dan dalam kalangan ahli persatuan itu sendiri, mereka perlu bekerjasama untuk menyelamatkan rakan mereka. Tanpa kemahiran komunikasi dan sosial yan baik, ahli-ahli dalam persatuan itu tidak dapat bekerjasama dan mungkin mencetuskan pergaduhan. Disebabkan itulah, kemahiran bersosial ini penting.

4. Membina sahsiah dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar

         Sukan Rekreasi mampu membina sahsiah diri pelajar cemerlang. Tidak dinafikan, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan juga menerapkan nila-nilai murni dalam diri seorang pelajar. Namun, Sukan Rekreasi juga mampu melakukan perkara yang sama untuk membangunkan peribadi mulia seorang pelajar. Kelab-kelab permainan di sekolah acapkali menganjurkan pertandingan seperti pertandingan bola sepak, bola jarring dan sebagainya. Sudah menjadi adat permainan, ada menang dan ada kalah. Kumpulan yang kalah perlu belajar menerima kekalahan dan belajar daripada kumpulan yang menang. Perkara ini mampu mematangkan pelajar agar mereka tidak terlalu kecewa jika jatuh,namun mereka harus berdiri dan membaiki kesilapan diri. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat kekitaan dapat diperolehi. Sesuatu kumpulan perlu  bersatu-padu untuk menewaskan pihak lawan. Pelajar akan menjadi lebih bertanggungjawab demi kumpulan mereka , bekerjasama dan tidak mementingkan diri. Hal ini secara tidak lansung dapat memastikan pelajar tersebut memperoleh nila-nilai murni.

            Justeru itu, sukan rekreasi sememangnya memberi banyak faedah kepada para murid yang mengikuti matapelajaran ini di sekolah mereka. Oleh itu, sukan rekreasi haruslah dijadi sebagai matapelajaran wajib bukan sahaja di sekolah rendah tetapi juga di sekolah menengah dan juga di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). 

4. Jenis-jenis Rekreasi

 Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. 

Rekreasi Aktif
Rekreasi aktif merupakan satu senaman. Oleh itu,kebaikan dan sumbangannya terhadap gaya hidup sihat adalah amat besar. Rekreasi aktif memerlukan pergerakan yang cergas untuk memastikan tahap daya kardiovaskular mencapai tahap ideal. Dengan melakukan senama, aktiviti sukan dan perkara-perkara yang mengeluarkan peluh, seseorang itu akan berasa lebih segar dan mampu menjadi cergas dalam urusan kerja mereka juga. Hal ini menjadi kepada modal insane kelas pertama kepada Negara.

Rekreasi pasif
Seringkali rekreasi pasif menjadi pilihan orang ramai memandangkan aktiviti rekreasi pasif merupakan aktiviti yang santai dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Walaupun rekreasi ini hanya menghilang tekanan mahupun rasa bosan, namun rekreasi ini tetap relevan juga kerana tidak dapat dipertikaikan bahawa, kita juga memerlukan waktu santai untuk ‘window shopping’ , membaca buku sambil mendengar muzik , untuk menenagkan diri di tempat kerja mahupun di rumah.

Perbezaan Aktiviti Aktif dan Pasif

Aktif

Aktiviti aktif  melibatkan tenaga
Seorang individu boleh menghiburkan diri dalam bentuk menggembirakan emosi dan psikologi
Contoh :
1. Berenang
2. Mendaki bukit
Pasif
Aktiviti pasif kurang menggunakan fizikal dan bersifat relaksasi
Seorang individu mbersosial dengan baik dengan rakan-rakan yang berkongsi minat yang sama
Contoh :
1. Melawat muzium
2. Membeli belah