Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My photo
23, happy and contented. Future nation's hope.

Saturday, April 13, 2013

Palsi Serebrum

Palsi Serebrum


Definisi : Palsi serebrum merupakan salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan.

Keterangan : Bahagian-bahagian otak yang mengalami kerosakan itu tidak akan sembuh serta bersifat kekal namun kerosakan itu juga tidak akan bertambah teruk. Oleh itu, individu-individu palsi serebrum akan mengalami ketidakupayaan tersebut sepanjang hidup mereka.

Kesukaran : Masalah yang mereka hadapi ialah pergerakan badan dan mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan sebagainya.

Jenis : Terdapat 3 jenis Palsi Serebrum iaitu :
§  Spastik
§  Athetosis
§  Ataxia



1. Palsi Serebrum Spastik
Keterangan :
Individu yang mengalami palsi serebrum spastik mengalami ketegangan otot pada tahap tidak normal yang tinggi serta meningkat semasa menjalankan sebarang aktiviti. Otot dan sendi sangat ketat serta kaku. Pergerakan seseorang yang mengalami palsi serebrum spastik juga adalah sangat terhad.
Terdapat tiga jenis kategori di bawah palsi serebrum spastik iaitu spastik paraplegia, hemiplegia dan diplegia.

Jenis-Jenis Palsi Serebrum Spastik
Paraplegia
Hemiplegia
Diplegia
Kedua tangan, kaki dan tengkuk terjejas.
Kebanyakannya tidak dapat berjalan.





Seseorang dengan masalah spastik diplegia kebanyakannya tempang kerana hanya sebahagian badannya sama ada kiri atau kanan akan terjejas.




Kaki individu dengan spastik diplegia lebih terjejas berbanding tangan. Fungsi tangan mungkin hanya terjejas sedikit atau tiada masalah langsung.






2. Palsi Serebrum Athetosis
Keterangan :
Ketegangan otot individu yang mempunyai palsi serebrum athetosis berubah secara malar. Kebiasaannya, ketegangan itu akan meningkat daripada tahap normal ke tahap yang tinggi. Individu ini juga tidak dapat mengawal koordinasi pergerakan, atau pegerakan yang tidak sengaja. Individu ini memerlukan perhatian dan tumpuan yang sangat tinggi untuk melakukan sesuatu perkara seperti menggaru hidung atau mengambil barang.


3. Palsi Serebrum Ataxia
Keterangan :
Seseorang yang mempunyai masalah palsi serebrum ataxia pula berhadapan dengan masalah koordinasi dan keseimbangan badan. Individu tersebut kebiasaannya boloh berjalan namun tidak stabil serta melebarkan jarak antara kedua kakinya untuk mengimbangi badan. Individu ini juga mengalami masalah dengan tangannya kerana tangannya akan bergetar semasa melakukan sebarang aktiviti serta akan bertambah teruk jika aktiviti itu dilakukan dalam masa yang pendek.

Punca Palsi Serebrum
1.       Jangkitan bakteria pada ibu semasa bayi dalam kandungan
§  Rubella
2.       Pengambilan alkohol atau dadah oleh ibu semasa mengandung atau menyusukan bayi.
3.       Mengandung lebih daripada seorang anak pada satu-satu masa.
4.       Kelahiran bayi pra-matang
5.       Kecederaan otak bayi akibat daripada jatuh, kemalangan atau penderaan.
6.       Jangkitan kuman atau bakteria Meningitis.




1 comment:

  1. Huish, cikgu pun balajaq sampai tara ni noh. Boleh tahan dahsyat :)

    ReplyDelete