Ulasan Artikel
Penyebab
Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak Prasekolah di Daerah Sitiawan,
Perak, Malaysia
Berdasarkan jurnal yang dikarang oleh Duratul
Ain Hussin, Dr.Rokiah, dan Victor Feizal Knight, terdapat beberapa perkara yang
boleh diulas. Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan
kelemahan artikel dan cadangan untuk penambah baikan artikel.
Jurnal ini merupakan satu penulisan berilmiah
yang mengkaji mengenai Penyebab Masalah Penglihatan di Kalangan Kanak-kanak
Prasekolah di Daerah Sitiawan, Malaysia. Para penulis jurnal ini bersetuju
bahawa masalah penglihatan yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak ialah
ralat refraksi, ambliopia, strabismus dan pelbagai jenis penyakit okular. Hasil
dapatan mereka mengesahkan bahawa pengesanan di peringkat awal penting untuk
memastikan masalah mereka dapat diatasi pada usia yang awal. Hal ini
dipersetujui Yeo Li Shuan (2013) yang mengulas dalam artikelnya di Kosmo
mengenai jurnal ini. Beliau mengatakan bahawa kepekaan ibu bapa adalah amat penting bagi
memastikan sebarang masalah boleh dikesan dan dirawat pada peringkat awal usia kerana kanak-kanak mungkin tidak dapat menyuarakan mengenai
penglihatannya lantaran mereka masih kecil untuk mengenalpasti masalah mereka.
Oleh yang demikian, jelaslah daripada tulisan jurnal ini dan ulasan Yeo Li
Shuan bahawa, ibu bapa mestilah memerhatikan gerak-geri kanak-kanak dan peka
pada aduan mereka untuk mengenalpasti jika mereka mempunyai masalah pengihatan.
Terdapat beberapa kekuatan dalam jurnal ini iaitu, penulis
menggunakan beberapa kaedah ujian mata untuk menyaring masalah mata
kanak-kanak. Ujian-ujian yang digunakan ialah ujian katup, ujian akuiti visual,
ujian Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi.
Namun, terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada
jurnal ini. Penulis cenderung untuk melakukan pemeriksaan mata ini dengan
melibatkan sebahagian besar iaitu 59.9% kanak-kanak ialah kanak-kanak Melayu.
Sewajarnya, penulis perlu mengambil responden dengan jumlah bilangan kaum yang
sama supaya bancian mengenai kanak-kanak bermasalah penglihatan dapat dibuat
dengan lebih tepat. Selain itu, penulis melakukan pemeriksaan mata hanya di
satu kawasan iaitu di kawasan Sitiawan. Pada pandangan saya, penulis sepatutnya
mengambil responden dari kalangan kanak-kanak yang berbeza negeri supaya
pembaca dapat mengetahui masalah penglihatan kanak-kanak dari tempat lain.
Selain itu, penulis jurnal ini juga tidak mengenalpasti sama ada
kanak-kanak di kawasan tersebut mengalami masalah buta warna atau tidak kerana
tiada sebarang ujian yang menunjukkan mereka mengkaji mengenai masalah buta
warna. Menurut informasi yang dibekalkan oleh Colourblindness.com, sebanyak 5
peratus warga Asia yang terdiri daripada lelaki mengalami masalah buta warna. Dengan ini, kajian jurnal ini
seharusnya menjalankan ujian penglihatan warna supaya masalah buta warna dalam
kalngan kanak-kanak dapat dikesan pada peringkat awal lagi.
Saya berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu
menjalani pemeriksaan mata seawal umur 4 tahun dan kerajaan Malaysia perlu
mewajibkan pemeriksaan mata ini bukan sahaja di sekolah malah mewujudkan klinik
bergerak di desa. Hal ini kerana, terdapat kanak-kanak yang masih tidak
bersekolah di Malaysia dan kesihatan mereka tidak dipantau sepenuhnya di bawah
seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan mewujudkan klinik bergerak di
desa, kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan di pedalaman juga dapat
menerima rawatan yanng sepatutnya.
Saiful Bahri Kamaruddin (2012) dalam artikel
menyatakan bahawa Kanak-kanak harus menjalani pemeriksaan mata setiap tahun
seawal usia empat tahun lagi kerana masalah penglihatan di
kalangan anak-anak muda semakin meningkat di negara ini.
Menurut Saiful Bahri lagi, Dr.Rokiah dalam kajiannya
berkata bahawa kurang penjagaan kesihatan, tabiat membaca yang tidak betul
dan terlalu lama melihat di jarak dekat boleh merosakkan penglihatan
kanak-kanak prasekolah. Saya amat bersetuju dengan pendapat ini. Hal ini
kerana,kanak-kanak zaman sekarang sangat pantas terdedah kepada teknologi yang
memerlukan penggunaan deria mata yang tinggi. Mereka menonton televisyen,
bermain alat permainan perisian komputer, menggunakan gajet telefon bimbit,
tablet dan banyak lagi sejak dari kecil. Pendedahan kepada gajet teknologi ini
sedikit sebanyak mampu menjejaskan penglihatan mereka.
Penyelidikan oleh Chung (1996) yang dipetik
daripada Saiful Bahri (2012), beliau menyatakan bahawa miopia di kalangan
kanak-kanak Cina di Malaysia yang berusia antara 6-12 tahun adalah 33% dan ia
meningkat kepada 50% di kalangan mereka yang berumur 13 hingga 18 tahun. Bagi
kanak-kanak Melayu berusia antara 7-12 tahun 8% didapati miopia dan meningkat
kepada 20% apabila menjangkau usia antara 13 hingga 18 tahun. Perkara ini
membuktikan bahawa taburan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan,
berbeza mengikut kaum. Dengan ini, saya mencadangkan bahawa kajian mengenai
masalah penglihatan bagi setiap kaum perlu dijalankan supaya pemerhatian yang
lebih jelas dapat dilihat.
May Allah Bless.
No comments:
Post a Comment