Contoh Laporan PBS
Ini adalah dokumen rasmi yang saya hasilkan untuk setiap laporan PBS saya. Saya harap kalian tidak plagiat. Boleh ambil sebagai rujukan. Berlakulah jujur kepada diri sendiri. Kita bakal guru. Integriti amalan kita.Moga Bermanfaat
Laporan Sebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah
Pengenalan
Saya, Syafawani binti Jamil, daripada
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas menjalankan Pengalaman Berasaskan
Sekolah bagi Semester 2 untuk PISMP di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras, Kuala Lumpur. Pengalaman Berasaskan
Sekolah adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua guru pelatih dari
IPG bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk merasai pengalaman dan
pendedahan yang pelbagai sebelum mereka ditempatkan di sekolah untuk praktikum.
Dengan menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini,
guru pelatih dapat mencapai beberapa objektif iaitu :
- · Memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
- · Menghayati kerjaya seorang guru
- · Memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah
- · Mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid
- · Memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran
- · Membina kemahiran berinteraksi dengan guru, murid dan kakitangan sekolah
- · Mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran, pembelajaran dan budaya sekolah.
- · Membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
- · Membina sikap positif terhadap profesion perguruan
- · Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab
·
Mendokumentasikan
pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS
dilaksanakan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh guru
pelatih semasa menjalani PBS selama seminggu di sekolah demikian.
Perkara-perkara tersebut ialah memperoleh maklumat umum mengenai sekolah serta
melaksanakan aktiviti PBS yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan
atau jabatan matapelajaran major/elektif berdasarkan semester.
Kesimpulannya, aktiviti PBS dapat memberi pelbagai faedah
kepada guru pelatih. Dengan menjalani aktiviti PBS juga, guru pelatih yang
berkarisma dapat dilahirkan seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru
yang mahu melahirkan guru yang mampu menjamin pembangunan individu.
Perancangan
Strategi Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah
Guru pelatih yang terlibat dalam PBS
perlu melaksanakan Pernyataan Profesional yang mengandungi laporan sebelum,
semasa dan selepas menjalankan aktiviti PBS tersebut. Perkara yang perlu
dilakukan ialah guru pelatih perlu meletakkan harapan/aktiviti/matlamat yang
perlu dilakukan dalam tempog seminggu di sekolah. Guru pelatih perlu meletakkan
fokus tertentu untuk mencapai objektif yang disasarkan. Pernyataan Profesional
perlu dilampirkan dalam Portfolio yang mengandungi dokumen yang menilai mengenai pengetahuan, kemahiran,
pengalaman, kelayakan , matlamat dan pencapaian semasa PBS dijalankan. Pada
peringkat akhir, guru pelatih dikehendaki membuat refleksi yang bertujuan guru
pelatih dapat mengingat kembali, menaakul, menganalisis, dan membuat penilaian
kendiri tentang aktiviti yang telah dijalankan semasa PBS.
Terdapat beberapa aktiviti utama yang dirancang untuk
PBS di sekolah ini iaitu :
Ø Mengumpul maklumat umum mengenai sekolah
Ø Menemu bual guru mengenai intervensi awal dan
perkembangan kanak-kanak
Ø Mendapatkan maklumat dan profil murid yang
mempunyai masalah dalam komunikasi dan bahasa daripada Guru Penolong Kanan Hal
ehwal Murid
Ø Merancang dan melaksanakan strategi penting
untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran (jika mengganti kelas)
Dengan ini, amalan PBS ini dapat mematangkan guru apabila
guru pelatih menjalankan perkara-perkara yang memberi pendedahan awal mengenai
profesion perguruan.
Laporan Semasa
Pengalaman Berasaskan
Sekolah
Pelaksanaan
Pengalaman Berasaskan Sekolah
Hari
Pertama
Isnin
, 19 Ogos 2013
Bil.
|
Aktiviti
yang Dirancang
|
Perlaksanaan
|
Catatan
|
1.
|
|
|
|
2.
|
|
|
|
3.
|
|
|
|
4.
|
|
|
|
5.
|
|
|
|
6.
|
|
|
|
7.
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment