Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My photo
23, happy and contented. Future nation's hope.

Thursday, December 12, 2013

Model, Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pegajaran

Model, Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pegajaran

Model Pengajaran
            Model pengajaran yang digunakan oleh setiap ahli kumpulan berbeza-beza antara satu sama lain. Model pengajaran mempunyai banyak fungsi, antaranya ialah untuk memberi panduan kepada guru untuk merancang langkah-langkah mengajar dengan berkesan, untuk membentuk rangka pengajaran yang lengkap serta sebagai panduan asas bagi guru dalam sesi maklum balas serta pengubahsuaian untuk sesi pengajaran yang akan datang.
Terdapat beberapa model pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian berkumpulan ini iaitu :
·         Model Pemprosesan Maklumat
·         Model Behavioral
·         Model Sosial
Ketiga-tiga model ini digunakan secara komprehensif dalam rancangan pengajaran yang berlangsung selama 60 minit dalam kelas yang dipantau oleh pensyarah.

Model Pemprosesan Maklumat
Penggunaan Model Pemprosesan Maklumat dapat dilihat dengan jelas dalam Rancangan Pengajaran Harian pada set induksi dan pengajaran langkah satu. Menurut Azizi Bin Yahaya dan Syazwani Binti Abdul Razak, Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu untuk percambahan maklumat.

Kategori model pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan. Dalam hal ini, pada langkah set induksi, guru telah menggunakan konsep Ekspositori daripada Model Pemprosesan Maklumat ini dengan memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai konsep panjang. Guru juga melakukan imbas kembali kepada murid mengenai unit ukuran bukan piawai yang telah dipelajari oleh murid dalam Darjah 2. Pada peringkat ini, guru menggunakan kaedah ingatan jangka panjang yang terdapat dalam Model Pemprosesan Maklumat ini. Hal ini kerana, murid telah pun mempunyai ingatan semantik mengenai konsep ukuran unit bukan piawai menggunakan anggota badan.

Model Behavioral
Model kedua yang digunakan ialah model Behavioral. Choong Lean Keow(2011) menyatakan bahawa kerangka teoretikal yang merentasi model pengajaran Behavioral telah menggunakan asas teori pembelajaran sosial yang lebih dikenali sebagai modifikasi tingkah laku dan cybernetics. Model ini telah digunakan dengan berkesan dalam langkah pengajaran ketiga. Dalam langkah ini, guru menekankan penguasaan kemahiran akademik yang terdapat dalam Pembelajaran Masteri yang diasaskan oleh Benjamin Bloom dan James Block, di mana murid mengaplikasikan kemahiran mengukur yang telah dipelajari dalam langkah pembelajaran sebelum itu. 

Di samping itu, guru juga menggunakan Pengajaran Langsung kerana guru meninjau prasyarat yang diperlukan oleh murid untuk memahami tajuk yang diajar. Guru memastikan murid memahami kaedah mengukur dengan betul sebelum mengajar tentang konsep mengukur menggunakan unit sentimeter dan milimeter menggunakan pembaris. Guru juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktis sendiri kemahiran dan konsep yang baru diperoleh. Hal ini dapat dilihat apabila guru memberi peluang pelajar mengukur sendiri dan membantu murid yang mengalami masalah ketika mengukur objek.

Model Sosial
Selain itu, model lain yang digunakan ialah model Sosial. Model ini memberi fokus kepada perkembangan konsep dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja dalam kumpulan. Terdapat dua jenis pembelajaran di bawah model ini iaitu pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan main peranan dan simulasi. Hafizah Husain et.al (2006) menyatakan bahawa kaedah pembelajaran koperatif yang berpusatkan pelajar merupakan satu metodologi pengajaran aktif dalam kumpulan-kumpulan kecik berbanding kaedah pembelajaran kompetititf atau secara individu yang berpusatkan guru (pensyarah). Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana pembelajaran koperatif memerlukan setiap ahlinya berbincang dan saling bekerjasama untuk melakukan tugasan yang diberikan oleh guru. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam pelaksanaan langkah pengajaran kedua. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan memberi tugasan kepada murid. Murid perlu saling membantu kerana terdapat pelajar yang bermasalah penglihatan di samping melaksanakan tugasan guru.

Langkah keempat juga menerapkan kaedah koperatif ini dimana murid dibahagikan kepada kumpulan dan diminta untuk mengambil objek yang boleh diukur dan objek yang tidak boleh diukur daripada sebuah kotak misteri yang diberikan. Pelajar perlu berinteraksi bersama pasangannya untuk menentukan barang yang dipilih.

Kesimpulannya, model-model pengajaran ini telah digunakan secara komprehensif dan menyeluruh dalam Rancangan Pengajaran berkumpulan ini. Dengan ini, pengaplikasi terhadap model-model ini perlu diterapkan dalam pengajaran di sekolah pada masa akan datang.


Teori Pembelajaran
Saya dan ahli kumpulan saya telah menerapkan beberapa teori pembelajaran semasa kami menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian untuk subjek matetematik tahun 3 topik ukuran panjang. Antara teori pembelajaran yang telah kami pilih ialah teori pembelajaran kognitif ausubel dan bruner, teori pembelajaran behaviouris dan teori pembelajaran konstrutivisme.

Penggunaan pelbagai teori pembelajaran boleh dilihat dalam setiap langkah pengajaran kami supaya isi pelajaran yang kami ingin sampaikan boleh difahami oleh semua pelajar. Teori pertama yang telah kami gunakan ialah teori pembelajaran kognitif ausubel dalam langkah 1. Teori ini mementingkan pembelajaran penemuan dan secara resepsi. Tetapi, kami telah memilih pembelajaran secara resepsi yang murid akan terima maklumat secara bermakna dan bukan secara hafalan. Pelajar akan terima maklumat yang tersusun dan teratur dari guru.

Dalam langkah 1, guru akan beri definisi panjang kepada murid. Murid hanya perlu dengar dan memahaminya. Selain itu, guru akan kaitkan unit bukan piawai yang telah dipelajari pada tahun 2 dengan unit piawai yang akan diajar pada sesi pengajaran nanti.

Manakala untuk Langkah 2, Teori pembelajaran yang telah kami gunakan ialah teori pembelajaran konstruktivisme. Teori pembelajaran konstruktivisme ialah murid sendiri akan membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia ada dan membuat kaitan dengan persekitaran.

Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya. Guru  telah menggunakan pendekatan 5E dalam pengajaran ini. E yang pertama ialah menarik perhatian murid dengan menggunakan gambar dan pembaris. E yang kedua ialah guru memberi arahan kepada murid mencari jawapan untuk gambar rajah yang diberi oleh guru. E yang ketiga ialah murid diminta menyatakan unit piawai yg sesuai untuk objek yg diukur. E yang keempat ialah guru menerangkan perbezaan unit piawai cm dan mm. Akhir sekali ialah E yang kelima murid diminta memberi contoh lain untuk objek besar dan kecil.

Seterusnya untuk Langkah 3 yang menggunakan Teori behaviouris. Teori ini mementingkan rangsangan sekali dengan gerak balas serta peneguhan. Sebagai contoh, guru memberi ganjaran kepada murid semasa jawapan soalan dengan betul. Ganjaran yang diberi ialah token ekonomi atau cap kepujian. Guru juga menggunakan prinsip yang terlibat dengan aktif dalam pembelajaran. Murid melibatkan diri semasa perbincangan dengan guru dan kumpulan lain.

Tambahan pula, guru perlu menyediakan bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik semasa P&P dijalankan. Antara susunan yang patut diikuti ialah memberi bahan, menyusun bahan mengikut urutan, mengukur mengikut objek yang diberi, tuliskan atau catatkan jawapan dalam kertas, dan akhir sekali guru bincang dengan murid. Jika murid mendapat jawapan yang betul atau respon yang tepat, guru akan memberi ganjaran sebagai galakkan atau motivasi.

Akhir sekali ialah Langkah 4 yang menggunakan Teori Pembelajaran Kognitif Bruner. Teori ini menyatakan pembelajaran konsep atau kategori mempunyai ciri-ciri yang berbeza berbanding objek dengan objek yang lain. Contohnya guru minta murid membuat banding beza antara bahan dapat diukur dan tidak dapat diukur. Selain itu, murid-murid diberi peluang untuk meneroka, memegang dan merasa. Ini merupakan pembelajaran penemuan yang dipentingkan dalam teori kognitif Bruner. Sebagai contoh, guru menyediakan kotak misteri dan murid diminta menutup mata sambil mencari bahan-bahan yang dapat diukur dan tidak dapat diukur.

Murid-murid juga bekerja dalam kumpulan serta perbincangan dengan ahli kumpulan. Penyataan ini boleh dibuktikan dalam situasi selepas murid mendapat bahan-bahan tersebut, guru meminta murid-murid membincang dengan ahli kumpulan sama ada bahan itu dapat diukur atau tidak serta mencatat dalam jadual yang disediakan oleh guru
Secara kesimpulannya, penggunaan semua teori pembelajaran ini adalah untuk membantu guru mencapai objektif pengajaran dan murid dapat mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, dengan menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong dapat dipupuk melalui pembelajaran menggunakan teori. Sebagai contoh, semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan murid perlu memiliki sikap seperti bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong antara satu sama lain supaya kelas boleh mewujudkan keadaan yang harmoni.



Pendekatan
            Menurut Edward M. Anthony (1963) , maksud pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan pengajaran terbahagi kepada beberapa jenis pendekatan iaitu induktif, deduktif, eklektif, tematik dan kesepaduan.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kumpulan, kami telah mengaplikasikan dua pendekatan yang berbeza iaitu induktif dan deduktif. Berdasarkan Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka telah menjelaskan bahawa pendekatan induktif merupakan suatu pendekatan apabila guru memulakan pengajaran dengan memberikan contoh yang khusus dan di akhir pembelajaran murid akan membuat rumusan.

Kumpulan kami telah menggunakan pendekatan induktif dalam langkah 3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan ialah guru telah memberi bahan-bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar seperti sepit rambut, syiling 5 sen,  getah rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Kemudian, guru memberi contoh umum tentang bahan-bahan yang boleh diukur dengan menggunakan unit centimeter (cm) dan unit milimeter (mm). Contohnya, objek-objek yang bersaiz kecil akan diukur dengan milimeter manakala objek-objek yang bersaiz besar akan diukur dengan sentimeter (cm).

Seterusnya, kumpulan kami juga mengaplikasikan pendekatan deduktif dalam aktiviti tersebut. Menurut pendapat daripada Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustapa (2013), mereka menyatakan bahawa pendekatan deduktif boleh didefinisikan sebagai pendekatan mengajar yang bermula dengan hukum, peraturan, dan rumus. Kemudian ia diikuti dengan aplikasi ke atas contoh-contoh yang khusus. 

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan kami ini juga, kami telah menggunakan pendekatan deduktif pada langkah 1, langkah 2 dan langkah 4. Pada langkah 1, guru telah menerangkan tentang definisi panjang dan meminta murid memberi contoh objek yang panjang dengan berdasarkan alat bantu mengajar yang telah disediakan seperti pembaris. Guru juga menjelaskan maksud unit bukan piawai serta meminta murid-murid menyenaraikan contoh-contoh unit bukan piawai yang menggunakan anggota badan manusia seperti hasta dan jengkal.

Pada langkah 2, guru telah memberi pendedahan kepada murid tentang konsep unit piawai sentimeter (cm) dan milimeter (mm) secara ringkas. Kemudian, guru mengarahkan murid-murid untuk melakukan analisis serta memilih unit piawai yang amat sesuai untuk mengukur bahan-bahan yang telah diberi oleh guru.

Langkah yang terakhir iaitu langkah 4, guru telah memberitahu kepada murid-murid tentang bahan-bahan yang dapat mengukur panjang dan bahan yang tidak dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Guru juga menyediakan contoh bahan-bahan seperti pensel, tali, sudu, sikat, bedak, batu, pasir, minyak wangi dan lain-lain. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dapat membantu murid-murid lebih memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Guru akan menerangkan sebab-sebab bahan-bahan dapat diukur dan tidak dapat diukur. Selepas itu, guru akan menyuruh murid-murid mencari bahan-bahan yang dapat diukur dan tidak dapat diukur dalam kotak misteri serta mencatat dalam kertas latihan. Melalui kaedah ini, murid-murid akan lebih memahami konsep pengukuran tersebut. 



Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
            Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu penentuan dan perancangan kaedah dengan menggunakan teknik mengajar. Melalui kedah ini jangka sesuatu pendekatan dapat dilakasanakan dengan secara berlancar dan berjaya mencapai matlamat. Antara strategi pengajaran adalah strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid, strategi berdasarkan tugasan / aktiviti dan strategi pemusatan bahan.

            Kumpulan kami hanya mengaplikasikan dua strategi iaitu, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Strategi pemusatan murid adalah murid-murid memainkan peranan yang amat penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran manakala guru menjadi fasilitator untuk memberi bimbingan kepada murid-murid. Secara tidak langsung, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

            Strategi yang seterusnya adalah strategi pemusatan bahan. Terdapat dua jenis bahan yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran merupakan bahan yang perlu digunakan oleh guru iaitu bahan-bahan maujud. Manakala bahan pembelajaran merupakan bahan yang mesti diguanakan oleh murid seperti buku teks, buku latihan dan lain-lain.

            Pada langkah 1 guru menggunakan bahan maujud supaya murid-murid dapat membanding beza antara bahan yang panjang dan bahan yang pendek. Secara tidak langsung murid-murid telah diberi pendedahan tentang perbendaharaan kata mengenai ukuran. Murid-murid menggunakan unit bukan piawai anggota badan untuk mengukur objek yang diberikan.

            Seterusnya pada langkah 2 murid-murid akan diberi dua gambar yang berlainan dan pembaris daripada guru. Tujuannya adalah murid-murid untuk mengajar murid-murid menggunakan pembaris dengan betul untuk mengukur panjang dalam gambar yang disediakan. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan dengan melakukan perbincangan antara satu sama lain.

            Selain itu, dalam langkah 3 murid-murid telah diberi peluang untuk meneroka bahan-bahan maujud seperti sepit rambut, syiling 5 sen,  getah rambut, rantai kunci, putik kapas, blok kayu, dan butang. Pembaris digunakan untuk mengukurkan bahan-bahan dalam unit ukuran piawai iaitu centimeter (cm) dan milimeter (mm). Murid-murid dapat membezakan antara bahan kecil yang perlu menggunakan milimeter (mm) dan bahan besar yang menggunakan sentimeter (cm).    

            Akhirnya, pada langkah 4, murid-murid diberi satu permainan iaitu permainan explorace untuk meneroka kepanjangan sesuatu bahan. Bahan-bahan telah diletakkan dalam satu kotak misteri dan murid-murid dihendaki menggunakan penutup mata untuk menutup mata untuk mencari bahan-bahan yang telah disenaraikan daripada guru. Murid-murid akan mencuba mendapatkan bahan-bahan serta membuat perbandingan antara bahan yang boleh diukur dan bahan yang tidak boleh diukur.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN DAN PENGAPLIKASIAN KAEDAH

            Dalam merangka perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kesan terdapat beberapa kaedah yang difikirkan bersesuaian digunakan misalnya kaedah pemudahcaraan, perbincangan dan demonstrasi.

            Berdasarkan kaedah pertama iaitu pemudahcaraan, justifikasi yang menjadikan kaedah ini sebagai pilihan ialah kerana melalui kaedah ini guru dapat memotivasikan murid, membimbing dan mengalakkan murid melibatkan diri  di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendekatan sebegini amatlah sesuai dijalankan di sekolah rendah kerana kaedah ini lebih dekat dengan murid dimana pada peringkat inilah mereka memerlukan bimbingan yang berterusan untuk memahami sesuatu konsep yang konkrit kepada konsep yang lebih abstrak lagi.

            Bukan itu sahaja, apa yang lebih penting lagi, kaedah ini juga dapat membantu melicinkan pembelajaran agar tiada sebarang gangguan.Tambahan pula, kaedah ini turut mampu mengukuhkan kemahiran pertuturan di samping  melatih murid untuk berfikir dengan cepat dan spontan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Situasi sebegini boleh diwujudkan kerana jika guru menguasai teknik menyoal yang kesan sudah pastilah pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik serta dapat mencapai objektif pembelajaran yang disasarkan.

            Sebagai contohnya, pada langkah yang kedua guru telah memilih kaedah ini untuk diaplikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajarannya yang mana guru ini telah melakukan sesi soal jawab dengan murid-murid berkaitan cara bagaimana mengukur objek dengan unit piawai yang betul. Responnya murid dapat memberi jawapan yang spontan dan cepat kepada guru semasa tempoh pengajaran tersebut.

            Selanjutnya ialah berkaitan justifikasi pemilihan dan pengaplikasian kaedah perbincangan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, mengapa kaedah ini dipilih ialah kerana untuk memberi peluang kepada murid-murid saling bertukar-tukar idea dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang mereka peroleh bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Melalui cara ini mereka dapat melatih diri murid-murid untuk berfikiran lebih rasional dalam mengemukakan sebarang idea dan pendapat.
           
             Biar kita ambil contoh pengaplikasian kaedah ini. Jika dilihat dengan teliti kaedah ini telah diaplikasikan sebanyak dua kali iaitu semasa di langkah pengajaran 3 dan 4. Kedua-dua langkah ini tidak jauh berbeza kerana guru telah memberikan bahan rangsangan serta arahan yang jelas untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Di dalam proses pengajaran tersebut, guru membenarkan murid-murid untuk berkongsi idea dalam menyelesaikan masalah selain melontarkan pendapat mengenai isu yang bercanggahan dengan kumpulan yang lain.

            Selain itu juga, kaedah ini secara tidak langsung mampu memberi rangsangan kepada murid-murid untuk mempunyai sifat ingin membaca bagi mencari dan menambahkan maklumat sedia ada mereka. Senario ini berlaku kerana mereka merasakan satu kepuasan jika dapat melontarkan idea yang bernas bersama-sama bukti yang kukuh iaitu melalui pembacaan. Tambahan pula, keadaan ini turut mendorong kepada perkembagan mental mereka kerana kaedah ini telah berjaya memupuk murid-murid untuk berfikiran lebih kritis, analitis dan kreatif semasa menjalani sesi perbincangan.

            Akhir sekali, kewajaranan memilih kaedah demostrasi ialah kerana kaedah ini mampu melatih murid melakukan pemerhatian dan seterusnya melaksanakan aktiviti tersebut mengikut prosedur yang tertentu. Ini penting kerana murid-murid di sekolah rendah akan lebih mudah memahami sesuatu isi pelajaran jika mereka diberikan contoh untuk dilihat. Bukan itu sahaja, melalui kaedah demostrasi ini juga akan mempercepatkan proses kefahaman murid melalui pemerhatian disamping membuka peluang untuk murid lebih memahami apa yang hendak  dipelajari.

            Contoh mudah pengaplikasian kaedah demostrasi ini ialah guru melakukan demostrasi untuk mengukur bahan dalam unit piawai. Semasa demostrasi ini berlangsung, murid-murid akan memerhati dan menilai aktiviti tersebut dan apabila mereka diberi peluang untuk melakukannya dengan mudah mereka dapat boleh memahami apa kemahiran yang ingin disampai oleh guru tersebut. Ini menunjukkan bahawa objektif pembelajaran guru tersebut telah tercapai dan murid dapat menguasai kemahiran itu dengan baik.


             
           
     


No comments:

Post a Comment