Sebarkan ilmu,didik ummah dengan ilmu * moga bermanfaat dan diredhai Allah ^_^

About Me

My photo
23, happy and contented. Future nation's hope.

Tuesday, May 6, 2014

Contoh Analisis Tugasan : Adaptasi Cara Membuat Minuman Panas

Tugasan Pendidikan Khas : Kemahiran untuk Individu Masalah Penglihatan 

Penjelasan : Analisis Tugasan merupakan salah satu kaedah untuk memberikan tunjuk cara langkah demi langkah kepada individu bermasalah penglihatan. Hal ini kerana, bagi individu ini, arahan amat penting dalam meyelesaikan segala tugasan harian termasuklah cara makan, cara basuh pinggan dan sebagainya. 

Dalam tugasan ini, analisis tugasan yang disediakan ialah cara-cara bagi individu masalah penglihatan untuk menyediakan minuman panas iaitu air kopi. Perkara yang perlu dibuat ialah dengan membuat sedikit adaptasi pada alatan elektrik yang digunakan iaitu cerek elektrik dengan meletakkan huruf Braille bertanda 'On' dan 'Off' pada butang yang terdapat pada cerek tersebut.

Analisis Tugasan                        
                        
Fasa 1 : Penyediaan Bahan
1.  Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk membancuh secawan kopi.
2. Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Bahan-Bahan


Rajah 1 Bahan-Bahan
         i.            Sepaket kopi segera
       ii.            Sepaket krimer manis
      iii.            Secawan air mineral

Alatan


Rajah 2 Alatan
·         Sebatang sudu teh panjang
·         Sebiji mug
·         Cerek

3. Membasuh mug dan sudu teh panjang yang perlu digunakan menggunakan air di sinki menggunakan sabun.

Rajah 3 Membasuh mug dan sudu teh panjang

4. Mengelap cawan dan sudu teh panjang yang akan digunakan menggunakan tisu atau kain basah sehingga kering.
5. Cawan dan sudu teh panjang diletakkan tepi ke bahagian kiri meja.

Rajah 4 Letak di kiri meja

6. Penutup cerek dibuka dan bahagian dalam cerek dibasuh.

Rajah 5
7. Cerek diletakkan di kawasan yang kering.


Fasa 2 : Perlaksanaan

Sub tugasan 1 : Menjerang Air
8. Secawan air mineral dituang ke dalam cerek.

Rajah 6

9. Penutup cerek ditutup dan plug cerek dipasang pada suis yang berdekatan.

Rajah 7

10. Suis pada plug cerek tersebut dipetik dari atas ke bawah.

Rajah 8

Adaptasi
11. Tulisan Braille yang ditulis ada kertas Braille yang bertanda ‘On’ dan ‘Off’ dilekatkan pada suis kecil yang berada pada cerek.


12. Suis ‘On’ pada cerek dipetik ke arah atas untuk menjerang air.

Rajah 9 Suis pada cerek dipetik ke atas

Tips Penggunaan Cerek
Pastikan pegang pada bahagian pemegang cerek untuk mengelakkan terkena bahagian cerek yang panas.


Rajah 10 Berhati-hati memegang pemegang cerek


14. Dengar bunyi cerek tersebut untuk menentukan sama ada air sudah siap dijerang atau tidak.
Tanda-tanda Air Siap Dijerang
Beberapa tanda air siap dijerang ialah bunyi cerek semakin kuat, muncung cerek mengeluarkan wap air panas dan akhir sekali suis ‘On’ pada cerek akan tertutup dengan sendirinya.


Rajah 11 Wap air keluar pada muncung cerek

15. Selesai air dijerang, cabut plug cerek pada suis tersebut dan letakkan cerek pada bahagian kanan meja.

Rajah 12 Plug dicabut dan cerek letak bahagian kanan meja

Nota Peringatan
Mug yang sudah dibasuh berada di kiri meja.
Jika tangan dominan ialah tangan kanan, maka gunakan tangan kanan untuk menuang air panas ke dalam mug.
Jika tangan dominan ialah tangan kiri, maka gunakan tangan kiri untuk menuang air panas ke dalam mug.
Hal ini kerana tangan dominan mempunyai kebolehan untuk mengawal barang yang dipegang dengan lebih cekap.


 
 Rajah 13

16. Ambil mug yang berada di kiri meja dan letakkan di tengah meja.

Rajah 14 Mug di tengah meja

17. Pegang pada pemegang cerek menggunakan tangan kanan, dan pegang mug pada tangan kiri.

Rajah 15 Posisi tangan

18. Dekatkan mug tersebut ke arah cerek tersebut sehingga mulut mug tersebut menyentuh bahagian muncung cerek tersebut.


Adaptasi dan Nota Peringatan
Pastikan ibu jari dimasukkan ke dalam mug tersebut untuk memastikan jari dapat merasa wap air panas yang akan dituang untuk mengelakkan sebarang air panas tertumpah atau meleleh keluar dari mug tersebut.

Rajah 16 Adaptasi : Ibu jari dimasukkan sedikit ke dalam mug

19. Condongkan cerek secara perlahan-lahan ke arah kiri dengan condongan 60 darjah untuk menuang air masuk perlahan-lahan ke dalam mug tersebut.

Rajah 17 Cerek dicondongkan dan air dituang

20. Jari dimasukkan ke dalam mug dan rasa wap air panas yang hampir mencapai paras ibu jari tersebut.

21. Apabila takat air panas hampir mencapai ibu jari, hentikan menuang air panas ke dalam mug.

22. Letakkan cerek perlahan-lahan ke bahagian kanan meja. Letakkan mug berisi air panas ke bahagian kiri meja.
Rajah 18 Cerek di bahagian kanan meja dan mug di kiri meja

Sub tugasan 2 : Membancuh kopi

23. Ambil bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat secawan kopi iaitu sepaket kopi segera dan sepaket krimer manis dan letakkan di tepi cawan.

Rajah 19 Kopi segera dan krimer manis diletakkan di tepi mug

24. Ambil paket kopi segera tersebut.

25. Rasa bahagian hujung paket tersebut yang mempunyai bucu-bucu kecil yang boleh memudahkan untuk mengoyak paket kopi tersebut.

Rajah 20 Bahagian hujung paket

26. Koyakkan bahagian bucu kecil paket kopi segera itu. Letakkan di sebelah kanan meja.

Rajah 21 Koyakkan bucu paket kopi segera

27. Ambil sepaket krimer manis, rasa bahagian hujung paket dan koyakkan bahagian bucu kecil krimer manis itu. Letakkan di sebelah kanan meja.

Rajah 22 Koyakkan bahagian bucu paket krimer manis dan letakkan di bahagian kanan meja

28. Ambil mug berisi air panas dan letakkan di bahagian tengah meja.

Rajah 23 Mug diletakkan di bahagian tengah meja

29. Pegang mug tersebut dan rasa bahagian mulut mug tersebut dengan tangan kiri. 

Rajah 24 Rasa bahagian mulut mug

30. Kemudian, ambil paket kopi segera dan masukkan isi paket tersebut ke dalam mug menggunakan tangan kanan. Pastikan plastik kopi segera dihalakan ke dalam mug untuk mengelakkan serbuk kopi tertumpah keluar dari mug.

Rajah 25 Kopi segera dituang ke dalam mug

31. Ulang langkah nombor 29 untuk memasukkan paket krimer manis ke dalam mug tersebut.

Rajah 26 Krimer manis dimasukkan ke dalam mug

32. Selesai masukkan kopi segera dan krimer manis, ambil sudu yang berada di bahagian kiri dan kacau bancuhan kopi tersebut sehingga kopi dan krimer larut dalam air.

 
Rajah 27 Ambil sudu dan kacau bancuhan kopi

33. Siap diminum.


No comments:

Post a Comment