Thursday, February 9, 2017

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

Assalamualaikum dan Salah Sejahtera.
Saya berharap perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada para pembaca. Tulisan ini digarap berdasarkan pengalaman saya sendiri, dan mungkin berbeza dengan pengalaman orang lain. 

Sesi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bagi jawatan  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi siswa guru lepasan IPG ambilan 2013, (tamat pelajaran pada 2016), adalah agak awal berbanding tahun sebelum ini. 

Bagi siswa guru tagging SJKC, mereka telah ditemuduga pada bulan November 2016, sebelum tamat peperiksaan akhir.

Bagi siswa guru tagging SK, mereka mula ditemuduga pada bulan Januari 2017. Bagi tagging SJKT, saya tidak memperoleh sebarang maklumat mengenainya lagi.

Berikut merupakan tips yang boleh saya beri berdasarkan pengalaman saya :

1. Sentiasa check portal SPP dan update dengan slip temuduga.

Terdapat masalah yang berlaku terhadap slip temuduga saya hingga menyebabkan nama saya tercicir dari ditemuduga. Hal ini telah mengakibatkan saya terpaksa pergi ke tempat temuduga dua kali, bagi dua hari berturut-turut. Oleh itu, jika anda mengalami masalah seperti tidak jumpa rakan yang temuduga sekali dengan anda (yang sama waktu, sama hari, dan sama bilik temuduga), maka anda perlu curiga. Sila telefon SPP dengan segera kerana kemungkinan nama anda tercicir seperti saya adalah sangat tinggi. 

2. Wujudkan group Whatsapp/ Facebook bagi kumpulan temuduga anda.

Rakan saya dari IPG lain telah mewujudkan whatsapp group bagi kumpulan temuduga saya dan perkara ini amat membantu kami untuk berbicang mengenai isu semasa, dan hal berkaitan temuduga. Selain itu, urusetia juga mudah untuk maklumkan sebarang informasi kepada kami apabila adanya kumpulan seperti ini, kami sentiasa update melalui group sahaja.

3. Sediakan dokumen berikut :

CHECKLIST SPP📝

💡DOWNLOAD DOKUMEN
List dri Spp
Result Exam
Slip Panggilan Iv (SPP)
Pengiktirafan JPA
Dokumen di atas boleh di muat turun daripada pautan berikut :

https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2

Kemudian ikut langkah ini : 

Pilih;

Negara : Malaysia
Institusi : Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

Kemudian klik pada program anda.

 Pengiktirafan MQR
Dokumen ini boleh dimuat turun di pautan berikut :

www2.mqa.gov.my/mqr/

Letakkan nama Institut masing-masing pada ruangan carian Institut. Contohnya; Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Kemudian akan keluarlah daftar kelayakan seperti dalam gambar di atas.

Surat Tamat Latihan Program pismp (Sistem Items)

💡Sahkan SEMUA dokumen/sijil kecuali Slip temuduga sahaja
💡Recheck RPH (Bawa RPH Fasa 2 atau 3)
💡
💡FAIL
Clear folder hitam
 Buat Partition (Untuk kekemasan)
Susunan Dokumen (Dokumen sebenar bukan salinan) 
-Senarai Semak Temuduga Lampiran A -letak gambar- (sini)
-Slip Temuduga Anda
1⃣Kad Pengenalan
2⃣Sijil Lahir
3⃣Sijil Spm
4⃣Sijil berhenti sek men
5⃣Sijil Pengiktirafan JPA dan MQR
6⃣Surat Tawaran PPISMP, PISMP, Sijil Tamat PPISMP
7⃣Surat Tamat Pengajian (Download dari sistem ITEMS)
8⃣Slip exam transkrip PPISMP  dan PISMP Sem 1- 8
9⃣Semua sijil Pencapaian Tinggi & Kokurikulum

💡SAMPUL PUTIH (Salinan dokumen yang sudah disahkan) Salinan ini akan diserahkan kepada urusetia
-Senarai Semak Temuduga Lampiran A (sini) -letak gambar- (Tak perlu sahkan senarai semak ini)
1⃣Kad Pengenalan
2⃣Sijil Lahir
3⃣Sijil Spm
4⃣Sijil Pengiktirafan JPA dan MQR
5⃣Surat Tawaran PPISMP, PISMP, Sijil Tamat PPISMP
6⃣Slip exam transkrip PPISMP  dan PISMP Sem 1- 8
7⃣Surat berhenti sek.men
8⃣5 Sijil Pencapaian Tinggi

4. Saya sarankan penggunaan clear folder bukan ringfile dengan transparent plastic sebab semasa interviewer buka ringfile salah seorang ahli dalam bilik temuduga itu, file itu terbuka ring-nya menyebabkan setiap helaian terkeluar. Jadi kita elakkan lah perkara remeh sebegini berlaku. Selain itu, ringfile juga terlalu besar untuk urusetia angkat masuk ke dalam bilik temuduga itu.

5. Sila pakai pakaian yang kemas. 
Blazer ikut standard (Tidak wajib)
Nametag
Kasut kulit hitam/coklat gelap bertutup:
Baju formal bagi lelaki dan wanita

6. Apabila hendak masuk ke dalam bilik temuduga :
- Orang pertama ketuk pintu, masuk dan beri salam dn ucapan sejahtera
-Berdiri di hadapan kerusi
-Tunggu arahan penemuduga untuk letakkan RPH atas meja di hadapan guru cemerlang
-Kembali ke tempat duduk, dan tunggu arahan untuk duduk di kerusi
-Apabila duduk, buka butang blazer
Etika ini SANGAT penting kerana setelah anda melangkahkan kaki ke dalam bilik temuduga, anda diperhatikan dari segi etika berpakaian dan kesantunan. Terdapat kumpulan yang tidak mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik temuduga dan mereka 'dihentam' dengan soalan berkaitan adab masuk ke rumah, adab dengan tetamu dan sebagainya. Para penemuduga adalah ahli akademik yang profesional dan mereka sangat mementingkan adab, maka kita para bakal guru, mestilah tunjukkan adab yang terbaik.

7. Semasa penemuduga lontarkan soalan, sila cakna dan beri perhatian. 
Benar, kita akan sangat nervous, tangan sejuk, takut, berdebar dan sebagainya. Saya sendiri amat berdebar dan mengalami palpitations yang teruk, namun apabila saya mendengar setiap butir soalan penemuduga, saya dapat menjawab dengan baik, walaupun ada juga tersangkut kerana diprovok oleh beliau. Mereka mahu melihat sejauh mana kita dapat berfikir dengan kritis pada saat soalan rawak dilontarkan. Kebanyakan siswa akan blurr dan blank serta tidak tahu mahu jawab apa kerana terlalu nervous. Saranan saya, dengar dahulu jawapan rakan-rakan dan kemudian, anda buat jawapan anda sendiri. Jika tak mampu mengingati jawapan bagi kehendak soalan, dengarkan butir bicara penemuduga kerana di situ, beliau akan mengulang sebut soalan yang kadang-kala terselit jawapan! Memang mereka berniat untuk membantu kita menjawab soalan mereka. Bukan sewenang-wenangnya mereka mahu menggagalkan temuduga kita. Jadi, beri perhatian walaupun anda nervous ketika itu.

8. Soalan diberikan secara rawak, jadi kita perlu angkat tangan untuk menjawab soalan tersebut. Jika anda mampu berfikir dengan pantas, angkat tangan dan minta izin untuk menjawab soalan tersebut. DAN, jika anda sudah menjawab soalan pertama sebagai orang pertama yang menjawabnya, bagi soalan kedua dan ketiga, berikan laluan kepada orang lain untuk menjadi orang pertama menjawabnya. Anda tidak mahu kelihatan seperti terlalu tamak dan mementingkan diri sendiri. Ingat, temuduga ini bukanlah satu pertandingan antara anda dan rakan yang lain. Kalian perlu saling membantu. Pernah terjadi satu kes di mana, semua ahli dalam satu bilik temuduga itu digagalkan kerana tiada kerjasama antara mereka. Anda tidak mahu gagal bukan?

9. Banyakkan solat hajat dan berdoa. Sebagai seorang Muslim, doa itu senjata kita, persediaan kita dan kebergantungan kita kepada Allah. Dengan mengingati Allah juga, hati menjadi tenang, maka akan mudahlah urusan kita. Walau banyak mana pun kita baca dan ulangkaji, mohon pada Allah agar soalan yang diberikan itu adalah soalan yang telah kita baca. Saya diberikan soalan yang agak mudah iaitu soalan berkenaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 11 Anjakan PPPM, dan terapi yang digunakan bagi subjek pengajaran dalam kelas. Namun, soalan ini mungkin tidak dapat dijawab dengan baik jika hati kita tidak tenang semasa hendak menjawab. Perasaan gemuruh itu normal semasa anda ditemuduga, anda perlu bijak menanganinya dengan baik. 

10. Sila jawab soalan menggunakan kata ganti diri yang sesuai. 
Kata Ganti Diri 1 : Saya
Kata Ganti Diri 1 : Tuan/Puan (Bagi penemuduga)
Kata Ganti Diri 3 : Kami/Mereka

Kata Ganti Diri 4 (tak wujud pun..hehe) : Korang, kitorang, hangpa, depa =,='

Serius la..temuduga ini tempat profesional. Tolong jangan gunakan kata ganti diri 4 itu. Itu melambangkan ketidak matangan anda. Memang dalam kehidupan seharian kita akan guna kata ganti diri 4 itu namun dalam temuduga, sila berhati-hati untuk tidak menggunakannya.

11. Temuduga ini mengambil masa yang agak lama dan jika anda bernasib baik mungkin sekejap sahaja. Sesi saya melibatkan 8 orang, makanya temuduga saya berlangsung selama hampir 2 jam. Jadi, anda mungkin akan penat, namun tunjukkan minat semasa ahli lain memberi jawapan mereka. Perkara ini mencerminkan peribadi anda sebagai seorang yang positif dan melibatkan diri dalam temuduga. NAMUN BEGITU, jangan menyampuk semasa ahli lain sedang bercakap. Ini bukan perbincangan di dalam kelas, ini adalah temuduga untuk melayakkan anda dipilih masuk ke sektor pekerjaan.

Akhir kalam, selamat berjaya! Semoga urusan kalian dipermudahkan olehNya. InsyaAllah :)

P/S : Ihsan maklumat yang diperolehi bagi no. 3 adalah bersumberkan facebook Asyraf Jamin dan informasi dari Whatsapp group yang bertungkus lumus menerangkan satu per satu cara menyediakan file. Jazakumullahu khairan kathira.